
Penyanyi dan bekas bintang Akademi Fantasia, Salima Habibi, memberikan teguran kepada kaum wanita tentang batasan syariat yang perlu dipatuhi dalam rumah tangga.
Artikel Berkaitan: ‘Kami Kawan Amira Tak Pernah Cerita Buruk Tentang Orang Lain, Bekas Isteri Pun Kami Doakan’ – Salima Habibi
Artikel Berkaitan: Isu Pergi Umrah Tak Minta Izin, Beego Tak Marah Linda – ‘Tapi Saya Sebagai Suami…’
Wajib minta izin suami

Menerusi hantaran di Threads, Salima menegaskan bahawa seorang wanita yang bergelar isteri atau masih berada dalam tempoh iddah tetap wajib meminta izin suami sebelum keluar ke mana-mana.
Dalam iddah bercerai, walau suami jahat macam Firaun pun tetap kena minta izin kalau nak pergi umrah atau ke mana pun.
Bagi yang masih isteri, walaupun dah tak serumah bertahun-tahun atau sedang dalam proses cerai, tetap wajib dapatkan izin.
Menurut Salima, ketaatan seorang isteri bukanlah bersandarkan kepada peribadi lelaki tersebut semata-mata, sebaliknya ia merupakan bentuk ketaatan kepada perintah Allah SWT.
Ia bukan tentang suami, kalau benci pun nak taat suami tu tapi taatlah kepada Allah. Ini contohnya sebagai ketaatan kepada Allah.
Kalau masih isteri, lagi lah tak boleh pergi mana-mana tanpa izin suami.
Saat itu, pergi umrah tak jari lagi ibadah wajib kerana yang wajib diingkari. Islam ini mesti diamalkan dengan ilmu bukan perasaan.
Hantaran tersebut turut mendapat perhatian netizen yang bertanya adakah kenyataan itu merujuk kepada kes melibatkan pasangan pelakon Linda Hashim dan suami, Beego.
Bagaimanapun, Salima menjelaskan bahawa pesanan tersebut bersifat umum kerana dia sering diajukan soalan mengenai perkara tersebut oleh orang sekeliling.
Sumber: Threads Salima Habibi








