Pada 18 Februari lalu, pemergian pelakon kesayangan ramai Ashraf Sinclair undang sebak ramai orang termasuk peminatnya di Indonesia. Malah sehingga ke hari ini, masing-masing turut berdukacita dengan kesedihan yang perlu ditanggung oleh balu arwah, Bunga Citra Lestari (BCL) dan anak tunggalnya, Noah Sinclair.
Terbaru, video nyanyiannya di Coca cola Bunga Citra Lestari BCL SQ Dome yang berlangsung semalam menarik perhatian ramai yang rata-ratanya sedih melihat BCL yang kelihatan sebak ketika menyampaikan nyanyiannya.
Tahan sebak ketika menyanyi
Lagu ni dia takleh tahan dah sebak terus BCL stop nyanyi, tapi sambung balik, vocal dia mantap walau tengah nangis. Ticket dia sold out , esok concert dia lagi penting,somehow she can’t cancel it. In fact, dia memang professional. pic.twitter.com/muu9GUmQW6
— ????? ? (@ibcig) February 28, 2020
Selepas 10 hari kematian suaminya, BCL kembali bekerja semula malam semalam di satu konsert dimana tiketnya sudah habis dijual. Walaupun masih dalam kesedihan kerana kehilangan pasangan hidup buat selamanya tapi penyanyi Indonesia bersikap peofessional untuk tetap tampil menghiburkan orang ramai di konsert tersebut.
Ramai sebak
Lebih memilukan apabila lokasi persembahan ini pernah dihadiri oleh arwah Ashraf Sinclair dan anaknya sendiri bagi memberi sokongan. Bayangkan tempat yang sama tapi ketiadaan suaminya disisi.
Video penuh
https://www.youtube.com/watch?v=U71-JTNQGIU&feature=youtu.be