Pempengaruh media sosial, Ena Mardhea memberikan pendapatnya tentang harga makanan yang dijual di pesta makanan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Pilihan Di Tangan Anda Untuk Beli Atau Tidak’ – Alif Satar Akui Sukar Untuk Usahawan Berniaga Dengan Harga Barang Tak Menentu

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jason Bagi 7.3 ‘Rate’ Sate Bhalut Mark Adam – ‘Tak Berbaloi Dengan Harga & Kuantiti Sebegitu’

Ena beri pendapat

Menerusi TikTok, Ena berpendapat harga yang dijual bukan sahaja mahal malah tidak kena pada harganya.

Ujarnya, kebanyakan peniaga yang berniaga di pesta makanan gagal menepati cita rasa pelanggan yang hadir.

Kalau video ini akan menyinggung hati peniaga di pesta makanan, saya minta maaf.

Tetapi sebagai seorang pelanggan, saya nak bersuara sebab saya membeli menggunakan duit.

Tak tahu kenapa tetapi kebanyakan pesta makanan yang saya pergi mesti ‘overpriced’.

Dah lah mahal, lepas itu rasa tak semenggah, tak sedaplah.

Dalam masa yang sama, Ena turut menasihati kepada mana-mana peniaga peka akan cita rasa pelanggan serta menjaga kualiti makanan yang dijual.

Okaylah kalau saya seorang saja yang bersuara bolehlah cakap saya ini cerawat tapi kawan-kawan saya pun cakap benda yang sama, macam mana?

Memang betul tekak orang lain tapi kalau rasa anda masak tak sedap, jangan berniaga.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyuarakan perkara yang sama dan bersetuju dengan pendapat Ena.

Komen netizen

Sumber: TikTok