Pempengaruh dan usahawan, Shaniena Natasya memaklumkan dia tidak kisah jika mana-mana pengusaha produk menghasilkan semula sabun pemutih keluarannya selepas melakukan proses ‘research and development’ (R&D).

Artikel Berkaitan: Shaniena Natasya Hampir Dibuang Sekolah Kerana Lawan Pembuli – ‘Dia Anak Ketua PIBG, Cakap Saya Makan B*bi’

Artikel Berkaitan: Shaniena Natasya Rujuk Doktor Sebelum Ambil Suplemen – ‘Saya Tak B*doh Lagi Nak Telan Je’

Shaniena tak kisah

Menerusi Threads, Shaniena menegaskan bahawadia tidak marah malah berasa bangga apabila produk keluarannya mendapat perhatian pengusaha produk di luar sana.

Ujar ibu kepada seorang anak ini, perkara ini membuktikan bahawa produk yang dihasilkannya berkualiti dan terbukti berkesan.

Aku tak marah aih kalau founder beli produk aku lepas itu R&D, aku bangga.

Maknanya formulasi produk aku tu bagus. Mesti dia dah cuba dan dia jatuh cinta dengan kesan produk itu.

Di akhir perkongsian, Shaniena turut mendoakan agar mana-mana pengusaha produk yang melakukan perkara tersebut memperoleh kejayaan sehingga bergelar jutawan.

Aku doakan semoga produk dia meledak dan mega hingga menjadi jutawan, aamiin.

Terima kasih sudi beli produk saya.

Sokongan kalian sangat bermakna buat saya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum terhadap sikap positif yang ditunjuk Shaniena dan mendoakan agar pempengaruh itu terus sukses dalam berniaga.

Posting Shaniena

Sumber: Threads Shaniena Natasya