Maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS mendedahkan mengapa isterinya yang juga penyanyi Datin Alyah tidak menyertai program Gegar Vaganza.

Artikel Berkaitan: Netizen Geli Hati, Tok Ram Masuk ‘Live’ Alyah Jual Tudung

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tok Ram Ramah Layan Peminat Nak Bergambar, Netizen Puji Sikap ‘Sporting’ – ‘Dulu Nak Tegur Pun Takut’

Tak masuk GV

@random_post153

Tok Ram bagi tips keamanan sejagat untuk para suami ,walaupun apa pun terjadi ,ingat satu je – isteri sentiasa betul 😂😂😂😂 .Dia share jugak kenapa Datin Alyah tak boleh masuk GV selagi dia jadi juri ,takut ada conflict of interest.Keluar awal pun orang bising ,kalau pergi final lagi lah orang bising . video credit Selebriti Malaysia #tokram #ramlims #alyah #datinalyah #parugorengtokram

♬ original sound – Random_post – Random_post

Menerusi sesi siaran langsung, Ramli atau mesra disapa Tok Ram menegaskan bahawa Alyah berkemungkinan tidak akan menyertai program nyanyian tersebut.

Datin mana boleh masuk GV, pihak Astro pun mungkin tak akan ambil.

Menurut Tok Ram, jika isterinya menjadi salah seorang peserta, konflik pasti akan berlaku memandangkan dia adalah juri tetap.

Bagaimanapun, sebagai seorang juri, Tok Ram akan tetap bersikap profesional andai Alyah menyertai Gegar Vaganza.

Mana boleh..tapi saya profesional. Kalau dia masuk saya tetap akan beri komen tetapi akan terjadi conflict of interest.

Contohnya, kalau dia bagus dan berjaya ke final, orang akan kata ini mesti ‘cable’.

Dalam GV tiada favouritism, apa yang awak semua tengok itulah yang sebenarnya.

Tips rumah tangga

Dalam masa yang sama, Tok Ram turut berseloroh dengan warganet dan berkongsi tips tentang keharmonian rumah tangga.

Pada semua suami di luar sana, kalau dia cakap sini (telinga kanan), keluar sini (telinga kiri).

Kalau dia cakap bulat, bulatlah walaupun empat segi. Kalau macam ini barulah aman damai.

Sumber: TikTok