![[VIDEO] Yusuf Bahrin Ditemu Bual Wanita ‘Mat Salleh’, Netizen Puji Pandai Jaga Mata – ‘Bagus Jaga Pandangan’](https://asset.ohbulan.com/2025/09/yusuf-bahrin-jaga-pandangan-1.jpg)
Aktor Yusuf Bahrin meraih pujian netizen dengan adab yang dimiliki ketika ditemu ramah oleh seorang wanita bagi perlawanan bola sepak yang berlangsung di Johor.
Artikel Berkaitan: Yusuf Bahrin Belajar Muay Thai, Nasihat Pelakon Perlu Ada Asas Pertarungan Untuk Babak Aksi – ‘Tak Boleh Tipu Guna Kamera’
Artikel Berkaitan: Zizi Kirana Berangkat Ke Gaza, Kongsi Foto Bersama Yusuf Bahrin – ‘Semoga Genggaman Ini Sampai Ke Syurga Allah’
Jaga mata
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Yusuf atau nama lengkapnya Muhammad Yusuf Bahrin dilihat sedang ditemu ramah oleh seorang wanita luar negara.
Bagaimanapun, pakaian wanita tersebut dianggap kurang sopan dan mencolok mata.
Video berdurasi hampir dua minit itu menyorot perhatian netizen dengan memuji keperibadian suami kepada penyanyi Zizi Kirana itu yang berusaha menjaga pandangan.
Raih pujian




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji usaha Yusuf untuk tidak memandang wartawan terbabit demi menjaga pandangannya.
Sumber: TikTok @influencerworldcup








