
Pendakwah bebas, PU Rahmat yang menyertai misi menghantar bantuan asas kepada penduduk Gaza memaklumkan mereka mempunyai risiko ditahan tentera Israel sewaktu tiba di Palestin.
Artikel Berkaitan: Zizi Kirana Kecewa Ada Pihak Pertikai Artis Sertai Misi – ‘Mufti Bagi Jawapan Tak Nak Dengar’
Artikel Berkaitan: Zizi Kirana Berangkat Ke Gaza, Kongsi Foto Bersama Yusuf Bahrin – ‘Semoga Genggaman Ini Sampai Ke Syurga Allah’
Ada risiko ditahan tentera
Menerusi satu sesi siaran langsung yang dibuat bersama beberapa warga Malaysia, PU Rahmat berkongsi bahawa kebarangkalian untuk mereka ditangkap adalah tinggi susulan polisi yang telah ditetapkan oleh negara haram Israel.
Malah, PU Rahmat menjelaskan bahawa salah seorang menteri di Israel iaitu Itamar Ben-Gvir juga telah memberi satu usul yang sangat membimbangkan ketika sidang parlimen di sana.
Saya bukan nak takut-takutkan atau bagi kalian risau tetapi ini hakikat.
Kalau kami ditangkap oleh tentera, kami boleh dipenjarakan sehingga empat hari.
Itu memang polisi mereka dan paling awal pun dapat dilepaskan mungkin pada hari yang sama (ditangkap).
Baru-baru ini juga menteri mereka iaitu Ben-Gvir siap keluarkan usul di parlimen mereka untuk tangkap kami dan penjarakan kami ke penjara bawah tanah setaraf dengan pengganas sedangkan sebelum ini mereka hanya tangkap masuk longkap.
Sehubungan dengan itu, PU Rahmat memaklumkan serta dua selebriti Zizi Kirana dan Ardell Aryana terpaksa mengosongkan jadual mereka sehingga penghujung September.
Kalau ikut perancangan kami akan tiba di Palestin pada 16/9 atau pertengahan bulan September.
Tetapi kita tak boleh nak jangka dan saya serta Zizi dan Ardell telah kosongkan waktu (jadual) kami sehingga penghujung September.
Ada ‘backup plan’
Walau bagaimanapun, bekas peserta program Pencetus Ummah ini memaklumkan mereka mempunyai ‘backup plan’ jika ditahan.
Kalau kami masuk penjara jangan risau sebab kita pun ada ‘backup plan’.
Antaranya kita dah ada peguam antarabangsa untuk lawan di sana.
Terbaharu, PU Rahmat yang menyertai misi Global Sumud Flotilla dilaporkan sudah tiba di Tunisia bagi menunggu beberapa peserta dari Indonesia sebelum mula berlayar ke Palestin bagi meneruskan perjuangan mereka menyampaikan bantuan.
Sekadar info, sebanyak 24 kapal flotila dengan lebih 1,000 peserta antarabangsa daripada 44 negara termasuk Malaysia berlepas dari Pelabuhan Barcelona, Sepanyol menuju Gaza minggu lalu.
Selain PU Rahmat, antara selebriti yang menyertai misi kemanusiaan ini termasuklah dua selebriti iaitu Zizi Kirana dan Ardell Aryana.
Sumber: TikTok beritatvalhijrah







