Menjijikkan! Itu ungkapan yang paling sesuai menggambarkan tindakan seorang gadis di Autralia apabila dia dengan selambanya telah membuang air kecil di dalam keretapi sebelum menyapu air kencingnya di kerusi.
Selamba kencing
Menerusi video berdurasi 0:07 saat memaparkan wanita berusia 21 tahun itu berada dalam posisi mencangkung di antara dua barisan kerusi di dalam keretapi berkenaan. Wanita tersebut kemudian telah kencing sebelum dia menadahkan air kencingnya itu menggunakan tangan.
Apa yang lebih menjijikkan apabila gadis ini menyapu kedua-dua tangannya itu pada kerusi berkenaan sambil berlatarkan muzik iringan. Daily Mail melaporkan, perbuatan jijik itu sempat dirakam sebelum ianya viral di media sosial.
Tiada tindakan polis
Menurut sumber, hasil daripada carian mendapati wanita terbabit merupakan seorang perancang acara. Akaun Facebook dan LinkedIn wanita ini telah dipadam sebaik sahaja video ini mendapat tumpuan netizen.
Sementara itu, Jurucakap Polis New South Wales berkata wanita berkenaan tidak akan dikenakan apa-apa tindakan dan pihak polis telah menghentikan siastaan mengenai isu ini memandangkan tiada kesalahan jenayah yang dilakukan.
Tidak ada tindakan polis lagi.
Sumber: Daily Mail, The Sun