![[VIDEO] ‘Mereka Pilih Bercinta Selepas Nikah, 14 September Hadiah Amira Othman Untuk Fattah Amin’ – Pengurus](https://asset.ohbulan.com/2025/09/fattah-aca-11.jpg)
Tidak seperti pasangan lain yang terbuka tentang hubungan cinta, pelakon Fattah Amin dan Amira Othman malah memilih untuk menjalinkan kasih sayang selepas terlafaznya akad.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gelagat ‘Stylist’ Usik Amira Othman Cara Salam Tangan Fattah Amin Cuit Hati Netizen
Arikel Berkaitan: [VIDEO] Perkongsian Amira Othman Tentang Calon Pasangan Kembali Curi Perhatian – ‘Nak Buat Suami, Mestilah Pilih Yang Sesuai’
Bercinta selepas kahwin
Menerusi temu bual Melodi, pengurus kepada Fattah iaitu Sakirin Aca memaklumkan bahawa pasangan itu tidak melalui fasa pertunangan bahkan tidak terlalu menonjolkan hubungan cinta.
Bersikap lebih matang, Fattah malah mahu memupuk cinta bersama Amira selepas nikah dan lebih fokus untuk masa depan.
Mereka tiada majlis pertunangan dan nak kata mereka bercinta pun tidak sangat. Mungkin Fattah lebih matang dan Amira pun begitu.
Jadi mereka berdua melihat tujuan yang kehadapan.
Banyak kali saya tanya kepada Fattah tentang cinta dan jawapannya, ‘aku rasa aku lebih memilih untuk bercinta selepas kahwin.’
Dia dah banyak lalui fasa-fasa terendah dan dia selalu cakap, ‘siapa pun yang hadir dalam hidup kita ini bukanlah satu bala atau sebagainya tetapi ia adalah pengajaran untuk kita belajar menjadi yang lebih baik.’
Hadiah untuk Fattah

Dalam pada itu, Aca berkata, Amira memilih tarikh 14 September 2025 sebagai hari bahagianya yang merupakan simbolik hadiah buat Fattah sempena hari lahir.
14 September adalah hari lahir Fattah.
Sebenarnya, Amira yang memilih tarikh itu sebagai hadiah untuk Fattah.
Terdahulu, Fattah membuat kejutan istimewa di majlis pelancaran single terbaru Amira dan adiknya, Irfan Haris berjudul Rasa & Takdir.
Pada majlis tersebut Fattah mengakui status perhubungan mereka dan pasangan itu bakal diijabkabulkan pada 14 September ini yang juga merupakan tarikh kelahiran aktor itu.
Sebelum ini, kecoh di media sosial mendakwa pelakon Fattah bakal menamatkan zaman duda dalam waktu terdekat.
Saksikan Siaran Langsung Eksklusif Majlis Ijab Kabul Setulus Takdir: Fattah Amira melalui aplikasi Unifi TV 2.0, saluran Inspirasi pada 14 September 2025, jam 8 malam! Muat turun sekarang di: onelink.to/unifitv.
Sumber: Melodi







