Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham menerusi sidang media memaklumkan terdapat 27 kes telah pulih pada hari ini dan menjadikan jumlah pulih sebanyak 114 kes. Manakala, kes keempat kematian melibatkan kes ke-238 iaitu seorang lelaki warganegara Malaysia yang berumur 50 tahun.
Kematian keempat
Dalam perkembangan terbaru, seramai 153 kes disahkan positif menjadikan jumlah keseluruhan di Malaysia setakat ini adalah 1183 kes. 90 daripada kes tersebut berkait rapat dengan perhimpunan jemaah tabligh Sri Petaling.
Video penuh
Sumber : Harian Metro, KKM Putrajaya