Usahawan dan pempengaruh media sosial, Asyraf Khalid berkongsi perjalanan hidupnya yang bermula daripada perniagaan keluarga.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Asyraf Khalid Kesal Dengan Caprice, Bakal Fail Saman Isu Tetamu Podcast – ‘Ini Soal Maruah & Keselamatan’

Artikel Berkaitan: ‘Tya Nampak Rambut Tak Disengajakan’ – Asyraf Khalid

Gaji awal

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Muhammad Asyraf Khalid mendedahkan gaji awalnya yang tidak melebihi RM4,000.

Menurut Asyraf, ayahnya yang merupakan suami kepada Bidunita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa mengajarnya untuk hidup bersederhana.

Daripada segi moral dan pengalaman, ianya memberi impak kepada saya.

Tapi ayah tidak beri duit. Dia selalu begitu.

Sebelum ini saya dalam perniagaan keluarga. Ketika itu, saya rasa ayah cuba untuk mengajar kami tidak bermewah-mewah sangat.

Gaji saya ketika itu RM3,500 walaupun pangkat saya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO).

Keluar daripada perniagaan keluarga

Berkongsi lebih lanjut, suami kepada Tya Arifin itu memaklumkan dia nekad untuk memulakan perniagaan sendiri.

Saya nekad untuk cari jalan sendiri.

Saya jumpa dan minta restu ayah untuk memulakan perniagaan saya.

Saya tak minta duit atau apa-apa, cuma mahukan restu seorang ayah.

Ayah betul-betul lepaskan saya untuk belajar sendiri.

Dalam pada itu, Tya akui tertarik dengan Asyraf kerana personalitinya yang berdikari walau dalam apa jua keadaan.

Sumber: TikTok @tooprettytoohandle