Seorang wanita tampil memberi respon berkenaan isu sikat yang digunakan oleh suami dan anak-anaknya semasa mengunjungi sebuah pasar raya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tak Boleh Ke Seorang Bapa Jaga Anaknya Sendiri? Saya Nak Juga Dipanggil Berbelas Kali Daddy’ – Dr Say

Artikel Berkaitan: Remy Ishak Pelik Video Tolong Isteri Jaga Anak Raih Perhatian – ‘Suami Sekarang Tak Begitu Ke?’

Beri penjelasan

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, wanita terbabit memberitahu bahawa dia membeli sikat-sikat tersebut.

Wanita itu malah menyarankan para pembeli untuk membasuh sikat terlebih dahulu sekiranya mereka bimbang dengan kebersihan.

Saya beli, takkan la saya tak beli sikit itu. Bukannya saya koyak plastik, pakai dan letak semula.

Benda itu (sikat) tak ada bungkusan, jadi saya pakai sajalah. Tak salah pun.

Kalau awak semua rasa was-was, basuhlah tak payah nak bergaduh dalam TikTok..pasal sikat je pun.

Minta maaf

Dalam masa yang sama, wanita terbabit memohon maaf kepada pihak pasar raya tersebut di atas perbuatannya.

Saya minta maaf Mydin, sebab buat aku macam itu.

Itu yang awak semua nak dengar sangat bukan?

Saya ni bersalah, takkan nak tegakkan benang yang basah.

Bagaimanapun, wanita itu berkata, dia sama sekali tidak terkesan dengan kecaman yang dilemparkan warganet.

Saya nak tergelak bila awak semua kata dekat saya macam-macam.

Awak kata, ‘kami ni (ibu bapa) jahat, tunjuk teladan yang tak baik..’

Tolong bersikap lemah lembut, jangan terlalu marah-marah. Saya tak kecil hati pun dengan awak semua.

Saya relaks sahaja, tak terkesan pun dengan komen-komen dan tak kisah pun.

Terdahulu, tular sebuah video yang memaparkan seorang bapa dan dua anak perempuan menyikat rambut menggunakan sikat yang dijual di pasar raya berkenaan.

Tindakan sekeluarga itu menerima pelbagai kritikan daripada warganet yang rata-rata bimbang akan kebersihan sikat-sikat yang telah digunakan mereka.

Selain itu, warganet juga menyelar ibu bapa kepada kanak-kanak tersebut kerana memberi tauladan yang tidak baik kepada anak-anak.

Sumber: TikTok