Baru-baru ini, beberapa orang artis telah menyuarakan pendapat memohon bantuan khusus untuk meringankan beban yang ditanggung anak seni. Kenyataan tersebut walaubagaimanapun mengundang kritikan ramai kerana artis dilihat menjalani kehidupan mewah di laman sosial.
Pelakon dan juga penyanyi yang sedang meningkat naik, Naim Daniel ketika sesi live di Instagram memberi pandangan peribadinya berkenaan isu hangat ini.
‘Maafkan cheq kalau ada salah silap’
Menerusi video berdurasi 2:39 saat itu, Naim Daniel menjawab soalan yang diajukan mengenai bantuan khusus yang dimohon artis. Menurut Naim, perkara ini perlu dilihat secara menyeluruh kerana bagi Naim sendiri, dia tidak merasakan ada keistimewaan sebagai seorang artis.
Artis ke pekerja industri ke kita semua rakyat Malaysia. Term rakyat Malaysia tu dah merangkumi semua, tak kira awak penyanyi ke pelakon ke komposer ke. Awak rakyat Malaysia tak kiralah bujang atau sudah berkahwin. Jadi minta je bantuan macam biasa.
Naim rasa selama ni pun, kalau ada apa-apa pun memang itu peruntukan yang kerajaan beri. Inilah masanya, kita tak perlu nak label diri kita dalam group tertentu. Naim rasa benda tu kita kena tengok pada sudut kemanusiaan. Kalau Naim sendiri pun, kalau perlu why not Naim minta je macam biasa?
Sebab Naim tak rasa perlu bantuan khusus ke apa. Itu atas inisiatif unit artis tu sendiri kalau nak bantu veteran atau sebagainya. Naim rasa kita ada banyak lagi perkara penting untuk diperdebatkan. Kerajaan dah keluarkan pengumuman, ikut je. Minta je bantuan macam biasa. Naim kalau terdesak pun Naim boleh minta. Semua orang boleh.
Kalau nak bantuan khusus mungkin perlu dibincangkan sektor masing-masing. Kalau sudah dikeluarkan kerajaan, inilah ketetapannya. Follow je. Naim rasa tiada masalah pun.
Kita tak selamanya di atas, kita kena ingat untuk kumpul. Kumpullah sebanyak mana kita boleh kumpul. Dari kita dapat kongsi rezeki untuk diri kita, kita boleh juga bantu orang lain.
Kalau kita rasa memerlukan, kita apply je ikut saluran yang betul.
Mengakhiri perbualan, Naim berpendapat tidak perlu bantuan khusus untuk golongan tertentu. Semua orang seharusnya mengikut seperti mana yang sudah diperuntukkan kerajaan. Jika memerlukan, seseorang haruslah memohon mengikut saluran yang betul.
Sumber: Naim Daniel