Bersempena dengan kempen #BoostGotYou, Boost telah melancarkan ‘Tabung COVID-19’ dengan tujuan untuk meringankan beban mereka yang terkesan dengan pandemik corona virus di Malaysia yang kini sedang menjalani arahan Movement Control Order (MCO).
Mohd Khairil Abdullah, CEO of Boost berkata;
“Terdapat ramai wira yang tidak didendang dalam profesion perubatan yang bekerja tanpa mengenal penat lelah dan meletakkan keperluan orang lain lebih daripada mereka.
Setiap hari wujud cabaran baru untuk semua orang dan kami menggalakkan rakyat Malaysia untuk terlibat dan menyertai kami dalam usaha untuk menyokong dan membantu pihak frontliner yang menjaga keselamatan rakyat Malaysia melalui dana ini.
Tiada jumlah yang terlalu kecil untuk diberikan kerana kami percaya sedikit sumbangan membuat perbezaan besar.”
Bermula 1 April 2020, sumbangan akan disalurkan terus kepada tabung khas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang ditubuhkan khas untuk menangani COVID-19 dan juga badan-badan NGO berkaitan.
Ini cara untuk menyumbang ke ‘Tabung COVID-19’ menerusi e-wallet
Langkah 1: Klik pada ‘Browse Rewards ‘ di bawah profil
Langkah 2: Klik pada ‘donation’ dan pilih amaun yang ingin didermakan
Langkah 3: Sahkan nilai sumbangan
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang #boostgotyou