
Pelakon Nadzmi Adhwa menempelak segelintir individu dalam industri hiburan yang kurang peka dengan isu kemanusiaan, khususnya berkaitan sokongan terhadap produk dan jenama yang memberi sokongan kepada Zionis.
Artikel Berkaitan: Ojen Aiwah Seru Artis & Pempengaruh Boikot Jenama Sokong Penindasan – ‘Support Tempatan’
Artikel Berkaitan: ‘Jangan Sebab Saya Kongsi Tentang iPhone, Semua Hakimi Cakap Tidak Boikot Langsung’ – Suami Atikah Suhaime
Seru boikot produk Israel

Menerusi satu hantaran di Threads, Nadzmi atau nama lengkapnya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi menegaskan bahawa tindakan boikot terhadap sesetengah produk yang terlibat adalah langkah wajar untuk menunjukkan solidariti.
Dalam pada itu, suami kepada pelakon Ardel Aryana ini juga berpendapat bahawa tawaran yang diterima tidak sepatutnya mengaburkan sensitiviti seseorang terhadap kesengsaraan yang berlaku di Palestin.
Masih juga tak nak boikot, tak mati kot kalau tak makan duit haram isswell tu.
Berapa sangat tawaran untuk produk diorang yang kawan kawan tak boleh sangat nak tolak tu?
Sedarkah produk-produk tersebut menyumbang pada pembunuhan saudara kita disana?’
Sedih lah tengok kawan kawan sendiri dalam industri pun tak cakna.’
Susulan itu, Nadzmi menyeru rakan industri agar lebih bertanggungjawab dalam memilih kerjasama komersial dan menekankan bahawa kesedaran terhadap isu kemanusiaan harus diutamakan.
Sumber: Threads Nadzmi Adhwa






![[VIDEO] Madammu Sebak Anak Menangis Minta Maaf Terlalu Inginkan Adik – ‘Katanya Dia Mahu Baby, Tapi Saya Yang Sakit Lalui Proses Itu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/madammu1.jpg)

