Penyanyi Zizi Kirana berkongsi detik mencemaskan apabila berdepan satu insiden yang berlaku di depan matanya ketika menyertai misi kemanusiaan di Syria baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: ‘Ada Misi Lebih Penting Daripada Masuk Campur Masalah Rumah Tangga Orang Lain’ – Zizi Kirana

Artikel Berkaitan: ‘Melutut Dalam Keadaan Berpanas, Disuruh Buka Stokin, Tudung Ditarik, Baju Digunting’ – Zizi Kirana Kongsi Pengalaman Sebagai Tahanan

Allah ada

Menerusi satu hantaran di Threads, Zizi Kirana, atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahir, 41, mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan dirinya dan rakan-rakan yang menyertai misi kemanusiaan tersebut.

Zizi turut memohon doa agar semua rakyat di Syria sentiasa berada dalam jagaan dan perlindungan Allah.

Waktu ini memang sangat terkejut sebab semuanya berlaku depan mata kami.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan kami.

InsyaAllah, kami selamat, Allah ada.

Doakan agar saudara-saudara kita di Syria sentiasa dalam jagaan dan perlindungan Allah.

Letupan senapang AK-47

Dalam pada itu, rakan seperjuangannya, iaitu Nadzmi Adhwa, turut menceritakan pengalaman yang mengejutkan mereka di Syria apabila terdengar bunyi letupan.

Pada awalnya dia menyangka bunyi itu adalah bunyi mercun.

Ingatkan orang tengah main mercun macam di Malaysia, sekali bunyi macam senapang AK-47.

Mereka sedang menembak ke langit. Tersentak sekejap.

Lupa kami berada di Syria, bukan Malaysia, cepat-cepat lari masuk van.

Sumber: Threads Zizi Kirana