Walaupun ‘Perintah Kawalan Pergerakan’ diperketatkan sejak 1 April lalu, masih ramai yang berdegil ingkar dengan arahan diberikan. Perkara ini boleh menyebabkan keadaan semakin parah ekoran wabak covid-19 dilihat semakin meningkat.
Di twitter, Dato’ Sri Bung Mokhtar Radin kongsi video dimana sekumpulan remaja dipukul dengan rotan oleh seorang anggota polis. Dalam tweet itu, Bung Mokhtar turut mempersoalkan jika tindakan diambil itu adalah bersesuaian dengan SOP larangan pergerakan pada masa ini.
Macam orang bodoh
Saya pun tak faham sama ada cara yg dibuat oleh anggota keselamatan ini bersesuaian dgn SOP larangan pergerakan pada masa ini
Dari sudut lain mcm ngam juga, sebab sudah tahu ada larangan tapi masih berkumpul, mcm orang bodoh je pic.twitter.com/gI6XHFAa6O
— Bung Moktar Radin (@MyKinabatangan) April 2, 2020
Saya pun tak faham sama ada cara yg dibuat oleh anggota keselamatan ini bersesuaian dgn SOP larangan pergerakan pada masa ini Dari sudut lain mcm ngam juga, sebab sudah tahu ada larangan tapi masih berkumpul, mcm orang bodoh je.
Perkongsian Ahli Parlimen Kinabatangan, Sabah ini mendapat pelbagai respon orang ramai yang rata-ratanya bersetuju dengan tindakan polis tersebut.
Walaupun perkara ini tiada dalam SOP ditetapkan kerajaan, namun ramai merasakan ini tindakan sewajarnya diambil bagi golongan yang ingkar mematuhi ‘Perintah Kawalan Pergerakan’ ini.
Ramai setuju
Bila marah, senyum senyum lagi
Polis pun dah stress
Sumber : Bung Moktar