Industri hiburan tanah air sekali lagi dikejutkan dengan berita pelakon cantik jelita, Puteri Aishah disahkan positif Covid-19. Berita ini disampaikan sendiri oleh pengurusnya, Iman Tang menerusi akaun Instagramnnya.
Puteri Aishah, kru positif Covid-19
https://www.instagram.com/p/B-rV1Z3jUtb/?utm_source=ig_web_copy_link
Menerusi kapsyen yang ditulis Iman Tang, dia meminta orang ramai agar mendoakan kesembuhan buat Puteri Aishah. Pelakon wanita ini bersama pihak produksi dikatakan baru sahaja pulang dari menjalani penggambaran drama Demi di Inverness, Scotland. Difahamkan, pelakon-pelakon lain seperti Ben Amir, Ashraf Muslim, Hasnul Rahmat dan Puteri Rayyana Rayqa juga turut terlibat dalam penggambaran tersebut.
Susulan kejadian itu Harian Metro turut melaporkan bahawa pengarah drama terbabit, Rahila Ali memaklumkan, seramai 18 kru dan para pelakon telah berangkat ke Scotland pada 9 Mac 2020 yang lalu dan telah pulang ke tanah air pada 31 Mac 2020.
Buat masa sekarang, saya dan kru lain masih menunggu keputusan laporan penuh daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Apa boleh dikatakan, saya dan beberapa kru disahkan positif. Kami juga sedang menunggu untuk saringan kedua.
Tiada simptom Covid-19
Menceritakan kisah itu, Rahila memberitahu mereka telah berlepas ke negara tersebut sebelum berlakunya peningkatan kes Covid-19 dan pada ketika itu Perdana Menteri Malaysia masih belum mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Terlalu banyak cerita dan fakta salah yang tersebar mengenai kami hingga menimbulkan kebimbangan ahli keluarga masing-masing. Apabila laporan penuh sudah keluar, saya akan kongsikan.
Tambahnya lagi, sebaik sahaja tiba di Malaysia pada 31 Mac, mereka telah menjalani kuarantin diri selama 14 hari seperti yang diarahkan. Tambahnya lagi, mereka langsung tidak menghadapi simptom dan demam yang kebiasaannya berlaku kepada pesakit Covid-19.
Kami tidak ada simptom seperti demam dan sebagainya tapi kami tak bernasib baik. Apa yang penting sekarang, doakan kami segera sembuh.
Sumber: Iman Tang, Harian Metro