Saat orang lain dalam kesusahan kerana wabak Covid-19, masih ada manusia tidak bertanggungjawab sanggup menipu demi kepentingan diri sendiri. Di Facebook, seorang wanita kongsi ditipu hidup-hidup oleh scammer yang menjual ‘Carrom Board Game’. Pada awalnya, scammer tersebut memberitahu barang itu hilang di pejabat pos namun selepas itu isteri scammer tersebut memberitahu suaminya sedang kritikal Covid-19. Kelakar betul, banyak idea betul!
Beli carrom RM120
Saya ada beli Carrom (RM120.00). Jumpa dekat Mudah. Mula-mula saya tanya seller ni, dia dah pos belum, seller ni cakap dah, so saya minta tracking no. Dia cakap tak dek. Ada masalah. Okay lah, saya tunggu lah. Lepas tu saya minta lagi tracking no, dia cakap pada staff, seminggu juga tunggu tak dapat. Last last Sabtu hari tu dia reply, dia cakap barang hilang. Ahad saya whatsapp lagi suruh dia settle kan Isnin.
Menurut wanita ini, dia membeli Carrom selepas terlihat satu post di laman web jual beli. Namun selepas seminggu masih tiada jawapan sehinggalah pada isteri kepada penjual tersebut memberitahu mereka dalam keadaan susah kerana suaminya ditahan di wad suspek Covid-19.
Kena blocked
Setahu saya kalau suspek, kena buat test dulu dan self kuarantin dekat rumah sehingga result keluar. Kalau negative, still kena kuarantin dekat rumah 14 hari. Kalau positive ambulance akan datang ambil. Jadi saya minta bukti, “wife” dia marah, dia suruh pergi hospital Sungai Buloh tengok sendiri.
Saya tanya kenapa duduk Mantin, Negeri Sembilan tapi warded dekat Sg Buloh, “wife” dia cakap sebab Suhaimi ni dah kritikal. Okay, pesakit covid kritikal boleh transfer transfer hospital ke ?
Lebih menghairankan apabila isteri penjual tersebut memaklumkan tidak jumpa suaminya sudah seminggu, namun wanita ini menerima whatsapp dari penjual tersebut sebelum itu lagi. Selepas musykil dengan jawapan diberikan, wanita ini terus bertanyakan mengenai ini dan tidak semena-mena isteri penjual tersebut marah lalu menyekat nombornya.
Nombor tracking pada pekerja
Selepas beberapa hari, wanita ini mesej kembali bertanyakan mengenai barang sudah dihantar atau belum. Namun, penjual ini mengatakan bahawa nombor tracing pada pekerjanya. Selepas didesak, penjual ini memaklumkan barang tersebut hilang tidak tahu kemana.
Tiba-tiba..
Lebih melucukan apabila, secara tiba-tiba isteri kepada penjual memaklumkan suaminya kritikal di Hospital Sungai Buloh kerana Covid-19. Justeru itu, dia tidak dapat membalas mesej ini dan berharap agar wanita ini bersabar. Dia turut memberitahu sudah seminggu tidak berjumpa suaminya kerana berada di wad namun bagaimana boleh dia pegang telefon suaminya. Memang licik.
Kena bodoh dengan penjual
Tidak tahan didesak soalan bertubi-tubi, penjual itu kemudiannya terus menyekat wanita ini. Menurut wanita ditipu itu, penipuan ini bukanlah kali pertama berlaku ke atasnya. Rupanya ramai lagi yang terkena dengan scammer ini! Berani betul!
Sumber : Khairani Hassan Bashri