Pelakon dan model Zahnita Wilson , 40, membatalkan hasrat untuk menutup perniagaan bakerinya yang berlokasi di Seri Kembangan, Selangor.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zahnita Wilson Kini ‘Owner’ Kedai Pai

Artikel Berkaitan: Zahnita Wilson Dah Sihat, Kembali Ambil Tempahan Pai – ‘100% Air Tangan Supermodel Malaysia’

Isu penutupan bakeri sudah diselesaikan

Menerusi satu hantaran video di Instagram pada Selasa lalu, Zahnita menjelaskan bahawa dia sudah berbincang dengan pihak pengurusan dan mendapat jalan penyelesaian berkaitan isu kedai kek dan pastri.

Saya nak ambil kesempatan ini untuk menjelaskan yang saya boleh pastikan bakeri saya tidak akan ditutup. Pihak pengurusan sudah pun selesaikan dengan baik.

Pernah rugi dan rasa ‘burnout’

Sebelum ini, Zahnita pernah berkongsi bahawa dia terpaksa menanggung kerugian akibat jualan yang kurang mendapat sambutan, sehingga menimbulkan kebimbangan.

Dalam video terbaharu itu, Zahnita turut mengakui dirinya mengalami ‘burnout’, namun menegaskan dirinya tidak akan berputus asa dalam dunia perniagaan.

Zahnita juga memerlukan ruang berehat seketika  bagi memulihkan semangat dan tenaga selepas berdepan tempoh yang mencabar.

Saya akan ambil masa sebentar untuk berehat dan dapatkan semula semangat saya.

Sekadar info, sebelum ini Zahnita Wilson pernah berkongsi hal tekanan rumah tangganya yang berpanjangan hingga memberi kesan kepada kesihatan mental dan emosinya.

Sumber: Instagram