Penyanyi dan chef selebriti terkenal, Dato Fazley Yaakob menjelaskan bahawa bapa isterinya, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz iaitu Abdul Aziz Nong Chik masih lagi hidup dan berada dalam keadaan sihat.
Menerusi Instagramnya, dia menyangkal menyangkal salah faham dalam kalangan netizen yang mendakwa Allahyarham Farit Ismeth Emir adalah bapa mertuanya.
Salam takziah
https://www.instagram.com/p/B_NEGSMgiGl/
Menurut Dato Fazley, dia perlu memperbetulkan tanggapan orang ramai yang turut menyampaikan ucapan takziah buat dirinya dan isteri kerana mereka menyangka arwah adalah ayah kandung isterinya. Sejak semalam, dia menerima terlalu banyak kiriman Whatsapp.
Tambahnya, ayah kandung isterinya masih hidup dan merupakan wali yang menikahkan mereka 14 tahun yang lalu. Di kesempatan itu juga, dia turut mengucapkan salam takziah buat keluarga arwah Farit Ismeth Amir dan mendoakan rohnya di kalangan orang yang beriman.
Please respect them
https://www.instagram.com/p/B_NEQJ1Bt9Y/
Manakala menerusi Instagram Azrene Ahmad, dia memberitahu bahawa ayah kandungnya ialah Abdul Aziz Nong Chik. Tambahnya, dia baru sahaja menziarahi ayahnya itu sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Azrene turut berharap masyarakat berhenti bercakap mengenai arwah terutama mengenai hal rumah tangganya. Di samping itu, sebagai masyarakat dia berharap masyarakat lain mengerti perasaan anak-anak dan isteri arwah.
Sumber: Dato Fazley Yaakob & Azrene Ahmad