Penyanyi Ameng Spring, mengimbas kembali pengalamannya ketika dimasukkan ke penjara kerana kesalahan penyalahgunaan dadah.

Artikel Berkaitan: Ameng Spring Terima Anugerah Ikon Antidadah, Netizen Bangga & Ucap Tahniah – ‘Dia Memang Layak Dapat’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sebenarnya Saya Bukan Terus Ambil Bahan Terlarang, Tetapi Sering Ditawarkan Dengan Minuman Keras’ – Ameng Spring

Pengalaman Ameng

@dolspodcast

Ameng murung dalam kuarantin penjara, rasa masa depan gelap. Layan Episod 98, RABU 9 MALAM di Youtube Shuib Channel & spotify Dol’s Podcast. NAK BELAJAR BUAT SIDE INCOME ? BOLEH FOLLOW @Fokiyoks #DolsPodcast @shuibsepahtu @Mamatsepah_Nana @Fizie Roslan

♬ original sound – Dol’s Podcast – Dol’s Podcast

Menerusi perkongsian di Dol’s Podcast, Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail mengakui berasa berat untuk menjejakkan kaki ke penjara selepas dijatuhkan hukuman.

Bila sampai dekat pintu penjara, saya rasa saya akan duduk di sini lama.

Saya murung ketika itu, tangan dan kaki kena gari sebab mereka takut kita lari semasa nak dihantar ke penjara.

Dalam pada itu, pelantun lagu Pesanan Buat Kekasih tersebut memberitahu bahawa dia pernah ditempatkan di dalam sebuah bilik kuarantin yang sangat kecil.

Menurut Ameng, pengalaman tersebut telah membuatkan dirinya tersentak dan menyangkakan itu adalah pengakhiran hidupnya.

Dalam fasa pertama, kebiasannya kita akan duduk seorang atau bertiga.

Biliknya kecil, sebesar bilik air rumah kita..sedepa sahaja.

Masa di bilik kuarantin itu saya rasa, ‘hidup aku dah habis dah’.

Sekadar info, Ameng pernah dihukum penjara kerana penyalahgunaan dadah pada tahun 2011 sebelum dibebaskan pada tahun 2016.

Sejak dibebaskan, Ameng kembali aktif selepas mula mendapat tempat di dalam industri dan diterima baik oleh peminat muzik tanah air.

Sumber: Dol’s Podcast