Tindakan petugas di Lapangan Terbang Langkawi meraih pujian daripada pelancong luar negara.

Artikel Berkaitan: Tak Perlu Tiket Business Class Pun Dah Boleh Rasa ‘Luxury’ – KLIA Terminal 2 Kini Berwajah Baru!

Artikel Berkaitan: Duduk Airport Lama? Jom Enjoy Heritage Lane, Kids Zone & Fasiliti Lain Di KLIA!

Lapangan Terbang Langkawi

@margitdob

We all got umbrellas, no one cares about passengers like that in Europe. I will miss you Malaysia 🇲🇾 travel#podroze#malezja#asia#world

♬ original sound – TravelandbehappyMM

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, petugas di Lapangan Terbang Langkawi dilihat mengagihkan payung ekoran keadaan cuaca yang hujan.

Bagaimanapun, momen itu telah menyentuh hati pengunjung dari Eropah yang menyifatkan Malaysia sebagai negara yang berbudi bahasa.

Di lapangan terbang Malaysia.

Mereka mengagihkan payung pada penumpang kapal terbang kerana hujan.

Saya tidak pernah nampak keadaan ini berlaku di Eropah.

Syabas Malaysia.

Rakyat Malaysia bangga

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bangga terhadap servis yang disajikan sekali gus mengharumkan nama Malaysia.

Sumber: TikTok @travelandbehappymm