
Pelakon dan usahawan, Zara Zya tular menerusi babak bomoh di drama terbaharu berjudul ‘Sumpah Ibuku’.
Artikel Berkaitan: Dilabel Tak Reti Masak Kerana Masukkan Daun Kari Dalam Asam Pedas, Zara Zya Tenang ‘Reply’ Netizen
Artikel Berkaitan: Izara Aishah Perjelas Sebab Setuju Bintangi ‘Sumpah Ibuku’ – ‘Menceritakan Mak Mentua Yang Tak Mahu Anak Lelaki Kesayangan Kahwin’
Babak bomoh
Menerusi klip pendek drama ‘Sumpah Ibuku’, Zara atau nama lengkapnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin meraih pujian menerusi wataknya sebagai Syafikah.
Babak berdurasi selama 22 saat itu dilihat Zara membuat permintaan untuk menaik taraf penggunaan ilmu hitam.
Bomoh, saya nak upgrade pakej A.
Topup topup.
Netizen terhibur




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan babak yang dibawa pelakon berusia 40 tahun itu.
Sekadar info, Sumpah Ibuku ditayangkan di slot Akasia TV3, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam hanya di slot Akasia TV3.
Penonton juga boleh menonton episod baharu di iQIYI, 1 jam selepas siaran di TV3, sama ada melalui laman web iQIYI atau aplikasi di Google Play dan App Store.
Bergenre drama kekeluargaan, Sumpah Ibuku menampilkan barisan pelakon ternama tanah air termasuk Izara Aishah, Liza Abdullah, Zara Zya, Syad Mutalib dan Syazwan Zulkifly.






