
Dilabel tidak tahu memasak, pelakon dan usahawan iaitu Zara Zya dilihat tenang membalas komen yang ditulis seorang netizen terhadap hantaran terbaharu dibuatnya.
Artikel Berkaitan: ‘Kalau Tak Sedap, Jangan Beli Tapi Jangan Hasut Orang Lain’ – Zara Zya
Kongsi resipi asam pedas tulang
Terbaharu, Zara atau nama lengkapnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkongsi video dirinya yang memasak juadah asam pedas tulang di Instagram (IG).
Pelakon drama ‘Risik Pada Hati’ itu turut berkongsi bahan-bahan tumisan yang digunakannya seperti jintan, halba, halia, bawang putih dan daun kari untuk memasak juadah tersebut.
Video tersebut kemudiannya menyorot perhatian seorang netizen yang memberikan komen pedas sehingga melabel Zara Zya sebagai seorang yang tidak tahu memasak.
Zara balas dengan tenang

Tidak melatah, Zara tampil membalas komen netizen tersebut menerusi satu ciapan yang dibuat di aplikasi Threads.
Ujar Zara, resipi tersebut merupakan ilmu dan perkongsian daripada sahabat kepada ibunya yang berasal dari Melaka.
Malah, dia tidak memaksa orang ramai untuk menerima caranya yang menggunakan daun kari sebagai salah satu bahan untuk memasak juadah asam pedas.
Saya masak, bukan nak bagi awak makan. Saya masak untuk saya dan keluarga saya makan.
Asam pedas itu, kawan mama saya dari Melaka yang kongsi resipi dan ianya menjadi lauk kegemaran saya hingga kini.
Saya suka dan niat saya kongsikan adalah untuk sesiapa yang ingin mencuba. Ingat daun kari itu hanya untuk masakan kari saja ke?
Di akhir hantaran, pelakon berusia 40 tahun itu menitipkan pesan kepada orang ramai untuk membuka minda mereka terhadap apa sahaja perkongsian di media sosial.
Sebab itu ada pepatah, pergilah belajar hingga ke negara China.
Buka minda tu luas luas. Orang dah share ilmu, dia bodohkan kita pula?
Indah sungguh bahasa. Benci sangat kat saya ya.
Sumber: IG, Threads Zara Zya








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)