Memiliki cahaya mata sendiri adalah impian buat setiap pasangan suami isteri, ada yang dikurniakan anak cepat ada juga yang bertahun-tahun menunggu. Namun, ada di antara mereka yang diuji dengan keguguran. Keperitan dan kesedihan apabila kehilangan insan tersayang terutamanya ahli keluarga merupakan satu perkara yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Begitulah perasaan yang dialami oleh Amiratul Jannah apabila bayi dalam kandungannya yang berusia 20 minggu telah pergi buat selama-lamanya.
Keluar cecair coklat
Peristiwa terakhir Ramadhan. Pada tarikh 19 Mei 2020 (Selasa), lebih kurang pukul 9 pagi aku bleeding dan terus pergi ke hospital. Selepas doktor scan baby dan scan dari bawah untuk cek ‘cervical lenght’, doktor kata semua ok. Jadi doktor bagi balik. Doktor kata lepas scan dadri bawah memang akan keluar cecair coklat. Tapi kalau keluar darah kene terus pergi hospital. Balik dengan hati yang lega. Alhamdullillah. Pada 20 Mei 2020 (Rabu), aku cek BSP, ulang-alik dari rumah ke KK 4 kali sehari. Cecair coklat masih keluar.
Keesokan harinya iaitu 21 Mei 2020 (Khamis), check up untuk minggu ke-20. Cek urine, tekanan darah dan jantung baby. Jantung baby berdegup dengan baik. Tapi nurse kata aku kencing kotor. Tekanan darah pun tinggi. Aku bagi tahu nurse yang aku sakit pinggang dan bahagian bawah. Nurse kata kalau kencing kotor normal sakit dekat bahgaian pinggang dan bawah. Masa jumpa doktor aku bagi tahu ada keluar cecair coklat campur lendir. Doktor kata normal kalau baru leps scan dari bawah keluar cecair coklat tu. Nanti cecair tu akan stop sendiri. Alhamdullillah, lega tapi doktor suruh datang keesokan harinya sebab nak cek urine, tekanan darah dan bacaan gula.
Uri terputus
22 Mei 2020 (Jumaat) pada pukul 3 petang aku pergi ke KK. Lepas nurse cek urine, tekanan darah dan bacaan gula, nuarse kata semua ok dan boleh balik. Lebih kurang pukul 9 malam, ada rasa sakit dekat bahagian bawah. Tapi aku anggap benda normal. Yelah, dah beberapa hari aku tanya doktor dan nurse, semua kata normal. Aku pun tidur. Kemudian, pada 23/5/2020 (Sabtu) iaitu pada hari terakhir Ramadhan pukul 4 pagi aku bangun dan kencing. Lepas kencing rasa sakit sangat. Terus kejut suami ajak pergi hospital. Tengah nak bersiap-siap, sakit tu datang lagi sekali. Lali ini aku dapat rasakan yang baby nak keluar. Aku baring, dan baby pun keluar kol 4.15 pagi. Suami telefon ambulans.
Dalam kol 4.50 pagi ambulans sampai. Paramedik kata kena terus bawa ke PAC sebab uri tak keluar lagi. Sampai PAC, doktor cuba keluarkn uri, tapi masa doktor tarik, uri terputus. Maka bermulalah episod aku kena korek hidup-hidup untuk keluarkan uri. Sakit dia lebih sakit daripada sakit nak bersalin. Sampai aku menangis depan doktor dan nurse sebab tak tertanggung kesakitan. Tak lama selepas itu badan aku dah mula menggigil. Lepas doktor tengok keadaan aku yang tak boleh nak tahan sakit, doktor kata aku kena masuk dewan bedah untuk keluarkan lebihan uri yang tertinggal. Dalam dewan bedah, aku dibius separuh dengan bius epidural. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Lepas tu aku dimasukkan ke wad, suamiku pula menguruskan pengebumian anakku.
‘Kita akan berkumpul satu keluarga’
24 Mei 2020 (Ahad) iaitu pada pukul 7 pagi doktor kata aku dah bloleh balik sebab keadaan aku stabil. Lebih kurang pukul 8 pagi aku balik ke rumah. Begitu cepat dan pantas semua yang berlaku. Mula-mula terasa nyawa dihujung tanduk. Lepas itu, tetiba dah ada dekat rumah di pagi raya dalam keadaan berpantang. Mommy dan daddy tak sangka baby nak teman kakak Fatimah di syurga.
Kalau baby ada lagi, hari ni usia baby 21 minggu 5 hari. Sama usia kakak Fatimah lahir. Tapi Allah dah tentukn segalanya. Baby lahir lagi awal dari kakak Fatimah. In sha Allah, satu hari nanti kita akan bertemu dan berkumpul satu keluarga. Al-Fatihah (dibaca) untuk anak-anakku. Pusara adik bersebelahan pusara kakak.
Sumber: Amiratul Jannah