berita

Malaysia Sebagai Tuan Rumah APEC 2020, Beri 3 Cadangan Untuk Bantu Pulih Ekonomi Rantau APEC

June 6th, 2020 | by Nurul
Kini Trending

Kredit: World Bank Group

Seperti yang kita tahu, pandemik COVID-19 yang melanda negara kita bukan lagi menjadi satu isu baru dan kini satu dunia turut terjejas dari segi kesihatan serta ekonomi untuk jangka masa yang panjang. Ramai yang terkesan apabila diberhentikan kerja sekaligus hilang punca pendapatan.

Baru-baru ini, Mesyuarat Pegawai Kanan Luar Biasa Maya (VESOM) kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) telah membincangkan cadangan-cadangan baru dalam memulihkan ekonomi yang terkesan. Nak tahu apa yang dibincangkan? Jom kami kongsikan..

Antara lima cadangan yang dibincangkan di VESOM..

Kalau korang nak tahu, VESOM telah mempertimbangkan lima cadangan baharu yang merangkumi platform pertukaran maklumat mengenai tindak balas oleh APEC semasa krisis COVID-19.

Selain itu, ia turut mengemukakan dua proposal berbeza mengenai kaedah yang memudahkan pembelian barangan keperluan ketika krisis dan mewujudkan sub-dana untuk melawan COVID-19 serta memberi panduan kepada wilayah tertentu ke arah pemulihan ekonomi.

Cadangan yang kelima dibincangkan dalam VESOM pula adalah panduan dan langkah bagi APEC (jawatankuasa dan kumpulan yang bekerja) untuk meneruskan pekerjaan dalam masa yang tidak menentu ini.

Malaysia kemukakan tiga daripada lima cadangan..

Image may contain: 2 people, people sitting

Kredit: Facebook APEC 2020

Menariknya, antara lima cadangan tersebut, tiga daripadanya adalah dari Malaysia:

Yang pertama adalah menubuhkan satu platform sebagai garis panduan untuk sebarang pertukaran informasi yang dinamakan PERTUKARAN VIRTUAL TERKINI DAN TERPANTAS APEC COVID-19 atau secara ringkasnya, THE APEC COVID-19 LIVE.

Kedua, Malaysia turut mencadangkan draf Deklarasi APEC mengenai Memudahkan Pergerakan Barangan Keperluan yang bertujuan agar semua ekonomi APEC menawarkan senarai barang yang ditentukan sendiri untuk konsesi tarif unileteral.

Kredit: Facebook APEC 2020

Cadangan yang ketiga pula membincangkan Malaysia sebagai Ketua APEC 2020 dan menawarkan panduan mengenai bagaimana kerja akan dijalankan di seluruh APEC dengan lebih lanjut.

Para komuniti dan golongan pekerja turut diingatkan bahawa kerja mereka haruslah diteruskan sama ada secara virtual atau secara intersessional, memandangkan negara kini masih didalam pasca pemulihan.

Sebagai tambahan, ada dua lagi cadangan lain oleh ekonomi APEC..

Menambah kepada cadangan yang dikemukakan Malaysia, China turut memberi cadangan untuk mewujudkan sub-dana kerjasama serantau yang bertujuan untuk melawan COVID-19, sekaligus membantu memulihkan ekonomi.

Dalam pada itu, Singapura dan New Zealand juga sama-sama telah mengutarakan inisiatif untuk memudahkan perdagangan barangan perubatan dalam APEC.

Malaysia berjaya mengetuai VESOM dengan mengumpulkan 21 ekonomi APEC dari lapan zon waktu yang berbeza secara virtual!

Untuk pengetahuan korang, mesyuarat yang telah berlangsung selama empat jam bermula 7 malam waktu Malaysia ini disertai oleh semua Ekonomi APEC, Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) serta pemerhati terpilih dari organisasi antarabangsa dan serantau. Ini juga adalah kali kedua Malaysia mempengerusikan APEC setelah pertama kali menjadi tuan rumah pada tahun 1998 tau!

Oh ya, pada akhir Jun 2020 ini juga, Malaysia akan mempengerusikan satu lagi VESOM serta mesyuarat MRT virtual dan kini sedang giat menjalankan persiapannya.

Untuk maklumat lanjut mengenai APEC 2020, layari www.myapec2020.my dan follow APEC 2020 di laman media sosial mereka di Twitter, Facebook dan Instagram.

SKIP THIS AD ×