
Pelakon dan penyanyi Nabila Razali berkongsi pengalamannya membawa anak menggunakan ‘stroller’ atau kereta sorong bayi ketika berada di pusat beli-belah.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabila Razali Dapat Hadiah Kereta Idaman Daripada Suami – ‘Dari IG Story Ke Realiti’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nabila Razali Turun Padang Santuni 33 Keluarga, Beri Bantuan Sempena Ulang Tahun Kelahiran
Bawa stroller

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Threads, Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 33, kurang senang apabila terdapat segelintir individu tidak memberi keutamaan kepada ibu bapa yang menggunakan kereta sorong bayi untuk menaiki lif.
Saya jarang sekali bawa Muhammad keluar ke mall, baru-baru ini je kerap.
Sekarang baru saya faham bila ibu bapa yang bawa anak kecil (dengan kereta sorong bayi) marah sebab lif penuh.
Lagi pula penuh dengan pasangan nak bermanja-manja dalam lif atau anak muda yang sihat tubuh badannya.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memahami keadaan pelantun lagu Balas Balik tersebut, malah mereka juga turut berdepan situasi sama.
Selain itu, warganet turut berharap agar orang ramai terutamanya golongan muda, mempunyai kesedaran untuk menggunakan lif dengan berhemah.
Sekadar rekod, Nabila dan suami, Nik Iruwan mendirikan rumah tangga pada 18 November 2023. Pasangan ini turut dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Nik Muhammad yang kini berusia 11 bulan.
Sumber: Threads








