Semalam, pelakon dan penyanyi, Kilafairy mengumumkan bahawa dia akhirnya memilih untuk berhijrah dan memakai tudung sempena keberkatan Syawal. Penghijrahan tersebut bukan sahaja mendapat sokongan positif daripada peminat dan rakan artis malah, ahli keluarganya juga.
Di akaun Youtubenya, Kilafairy memuat naik reaksi kali pertama bapa tersayang apabila melihat penampilan barunya itu.
Alhamdulillah
Menerusi video berdurasi 3:21 saat, Kilafairy memberitahu bahawa bapanya kelihatan sangat gembira dan bersyukur dengan penampilan terbarunya. Video tersebut juga menunjukkan bapanya itu telah memeluk erat dirinya dan sebak sebaik sahaja mendengar keputusan dirinya sudah kekal berhijab.
Di samping itu, Kilafairy memberitahu bahawa keluarganya susah untuk menunjukkan emosi. Namun, bapanya merupakan orang yang paling sensitif dalam keluarga. Mereka menangis ketika berpeluk antara satu sama lain. Posting yang dimuat naik itu turut membuatkan netizen sebak dan menganggapnya sebagai video yang menyentuh hati. Tambah Kilafairy, video tersebut merupakan video pertamanya di akaun Youtube.
Semoga terus istiqamah
Rata-rata netizen mendoakan Kilafairy terus istiqamah dan dipermudahkan segala urusan.
Sumber: Kilafairy