Sedapnya kalau dapat makan cendol tengah panas ni? Tapi, mana lah nak dapat cendol semasa musim Perintah Kawalan Pergerakan ni kan?
Ha, jenama Natural Frozen Yogurt terkemuka, llao llao adalah jawapan utama kepada persoalan korang!
Baru-baru ini llaollao telah melancarkan produk terbaru berperisa cendol. Harganya pun berbaloi okay. Hanya RM 13.85 sahaja. Ia akan disertakan dengan toppings lazat seperti kacang merah, gula melaka, cendol pandal dan almond crocanti.
Korang juga boleh dapatkan takeaway set dengan harga RM33.85 sahaja. Bolehla makan di rumah bersama yang tersayang kan?Untuk pengetahuan korang, ini merupakan kolaborasi pertama Penang Road Teochew Chendul dengan llaollao tau.
Memandangkan perisa cendol ni memang dah sebati dengan selera rakyat Malaysia, sudah pasti peminat llaollao akan berpuas hati dengan perisa terbaru ni. Kombinasi yang memang akan bikin kita jatuh cinta!Kalau tak percaya cubalah!
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman Instagram llaollao!