Menerusi Instagram Saharul Ridzwan, dia berkongsi khabar gembira menimang cahaya mata kedua selepas isterinya Qaabila Deena Emir Mohammed Akif Emir selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.3 kilogram di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur.
Pelakon tersebut melahirkan rasa syukur berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesejateraan isteri serta bayinya itu.
Dapat bayi perempuan
Ali dapat adik baby girl. Alhamdulillah, 13hb June 2020 bersamaan 21 Syawal, lahir sudah puteri solehah baba, lengkap dah sepasang. Semuanya selamat, mummy sihat, baby pun sihat. 3.305kg , tinggi 51cm. Berkat doa semuanya. Terima kasih banyak-banyak. Doakan supaya mummy cepat sihat dari emergency LLCS, dan baby membesar jadi anak yang solehah. Amin Ya Rabb. Tak tahu nak taip apa ntah. Happy betul ni. Salam Maghrib semua.
Saharul dan Deena berkahwin pada 16 September 2016 dan dikurniakan cahaya mata pertama bernama Muhammad Luth Ali yang kini berusia tiga tahun. Pelakon tersebut akui terlalu gembira sehingga tidak tahu menulis. Apa-apa dia berharap agar semua mendoakan isterinya cepat sihat dan bayinya membesar menjadi solehah.
Zikirkan anak
Tahniah!
Sumber : Saharul Ridzwan