Pelakon jelita, Fathia Latiff sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila mengambil keputusan membuka tudung kerana mahu menjadi diri sendiri. Kata Fathia lagi, dia tidak mahu menjadi hipokrit dan tindakannya bertudung selama beberapa tahun adalah terpaksa.
Setelah lebih setahun mendiamkan diri, pelakon ini tampil dengan imej terbaru yang kembali mengenakan hijab. Didoakan semoga Fathia istiqamah!
‘Saya manusia biasa’
Memetik laporan Berita Harian, Fathia Latiff mula bertudung sebelum Ramadan lalu. Dia juga redha jika ada pihak yang skeptikal dengan tindakannya ini.
Pada akhirnya, saya kena balik kepada pegangan agama dan kepercayaan. Saya tiada alasan kenapa kembali bertudung.
Saya manusia biasa yang tidak lepas melakukan khilaf demi khilaf. Sekarang, saya dalam fasa membetulkan diri… Bukan mudah hendak istiqamah.
Tambah Fathia lagi, dia mengakui pernah terleka dan lalai sehingga hanyut menyebabkan dia jatuh terduduk saat membuat keputusan menanggalkan tudung.
Saya tanggung semuanya kerana silap sendiri. Saya bukan masih muda lagi. Dahulu saya tidak matang.
Sekali lagi, saya harap diberi peluang dan ruang untuk memperbaiki diri dan berubah.
Benar, saya manusia biasa. Namun, itu bukan alasan untuk saya buat silap dan kembali sedar. Seterusnya, buat lagi hal sama. Hidup ini bukan panjang lagi.
Jelas pelakon ini lagi dia mahu tetap dengan pendirian bertudung kerana itu tuntutan sebagai seorang wanita Islam. Sampai bila dia mahu ‘pakai buang’ di dalam kewajipan yang satu ini.
Memberontak, tewas dengan ujian
Saya akui tewas ketika diuji. Ada fasa dalam hidup termasuk hal peribadi dan kebodohan akhirnya menjerat diri.
Saya memberontak tidak kena gaya. Natijahnya, hanya saya tahu. Saya lupa diri ini bukan orang biasa, sebaliknya insan dikenali yang diperhati setiap tindak tanduk.
Dia juga sentiasa ingat pesanan ibu bahawa bertudung bukanlah suatu ikutan atau trend.
Sumber : Berita Harian Online