Kehilangan Mohammad Ashraf atau lebih dikenali Acap yang hilang sejak 23 Mac lalu masih lagi dijalankan. Kehilangan setahun lebih yang lalu masih kekal misteri apabila peserta Gopeng Ultra Trail 2019 itu tidak dapat ditemui sehingga ke hari ini.
Walau bagaimanapun abang kepada Acap, Mohd Zahiruddin masih tidak pernah berhenti mencari dan berdoa agar adiknya ditemui semula.
Kasih sayang ibu penguat semangat
Keluarga Acap tidak pernah berhenti berdoa untuk memohon petunjuk dan meneruskan usaha pencariannya.
Kata-kata semangat serta sokongan semua menjadi faktor utama kami dalam meneruskan misi. Selagi ada kudrat, ruang masa dan waktu, kesihatan, saya akan cuba teruskan usaha mencarinya.
Acap pula boleh dikatakan anak yang rapat dengan keluarga, jadi kehilangannya sangat terasa. Sepanjang pencarian, saya juga berdoa semoga kes yang sebegini tidak menimpa kepada orang lain dan tidak ada lagi ibu yang sedih, sebab dugaannya memang berat.
Menurut Mohd Zahiruddin, misi pencarian adiknya itu kini diteruskan semula selepas dihentikan buat sementara waktu sebelum ini kerana akur dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Apa yang lebih menguatkan semangatnya untuk meneruskan misi pencarian itu adalalah kerana kasih seorang ibu kepada anak.
Sebelum ini, operasi pencarian bergantung pada keadaan iaitu dua hingga tiga kali dilakukan dalam sebulan. Operasi pencarian sebelum ini dilakukan oleh beberapa kumpulan tetapi buat masa ini kita mempunyai kira-kira sepuluh orang dalam satu kumpulan.
Masih kekal misteri
Sehingga kini tiada tanda positif dan usaha pencarian masih yang dilakukan namun mereka tetap tidak berputus asa
Sepanjang pencarian ini juga kami cuba menjejak barang-barang peribadi tetapi sehingga kini kita masih tidak berjumpa walaupun satu barang dan itu yang menjadi mister.
Kebanyakan kes mangsa hilang ditemui di laluan yang sudah berkali-kali dilalui semasa operasi dan ditemui tidak jauh dari kawasan, jadi kita menggunakan alternatif yang sama untuk ulang pencarian walaupun hanya sekadar rondaan pada ‘track’ yang dia lalui.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan pelbagai pihak termasuk bomba, polis, sukarelawan, rakan dan keluarga dihentikan hampir sebulan kemudian.
Sumber : Harian Metro