Viral di media sosial video berkenaan seorang wanita yang didakwa dirasuk ketika berada di hospital. Walau bagaimanapun, video tersebut telah dipadamkan di atas permintaan ahli keluarga.
Da’i Wan Dazrin menerusi Twitter berkongsi apa yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kejadian seperti ini.
Panggil ustaz atau ustazah
Menurut Da’i Wan, wanita yang sedang datang bulan atau lelaki yang tidak kuat semangat dinasihatkan berada jauh daripada persekitaran yang dirasuk. Ini kerana histeria dipercayai boleh berjangkit.
Kemudian, panggil ustaz atau ustazah yang mempunyai pengetahuan agama yang tinggi untuk meleraikan rasukan tersebut. Jika tiada, tiga orang diperlukan untuk membantu keadaan kembali tenang.
Minta bantuan Allah SWT
Tambah Da’i Wan lagi, seseorang harus yakin dengan pertolongan Allah SWT dan makhluk tersebut tiada kuasa. Sebaik ‘jin’ keluar daripada badan, beri minum segelas air yang dibacakan ayat-ayat suci al-Quran.
Dia juga menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwudhu sebelum keluar daripada rumah.
Sumber: Da’i Wan