Kemenangan Nor Farhatul Fairuzah Panut menyertai pertandingan Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-61 (MTHQA61) pada tahu lalu, merupakan satu pencapaian yang bermakna buat dirinya dan negara.
Terbaru, dia berjaya menghabiskan bacaan al-Quran 30 juzuk secara khatam riwayat hafs alasim dan mendapat sanad 30 juzuk. Tambahnya, dia dibimbing oleh Al-hafiz Sheikh Hashim Abd Rageh.
Banyak dugaan dan cabaran
Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah ala kulli hal. Pertama sekali, farha ingin mengucapkan rasa setinggi-tinggi syukur ke hadrat ilahi kerana secara rasminya farha telah pun menghabiskan bacaan alquran 30juzuk secara khatam riwayat hafs alasim dan mendapat sanad 30juzuk, bersama orang2 hebat, Al-hafiz Sheikh Hashim Abd Rageh @hishamragih, pada hari ini.
Jujur farha katakan, bukan mudah bagi farha untuk menghabiskan 30juzuk ini dengan sanadnya, banyak dugaan dan cabaran yang farha tempuhi. Pada awalnya, farha berimpian agar dapat menghabiskan pembacaan 30juzuk ini selama sebulan. Farha berulang alik daripada rumah ke Kelantan untuk berjumpa dengan guru dan menuntut ilmu.
Rasa sebak dalam diri farha muncul bila mana sepanjangg mengambil sanad ini, kami berusaha untuk membaca Quran tak kira di mana jua, adakalanya farha membaca quran didalam train, diluar train, didalam kedai, di dalam kereta sambil menuju ke destinasi demi untuk menghabiskan pembacaan 30 juzuk ini.
Menurut Farhatul, pengorbannya berulang-alik dari rumah ke Kelantan akhirnya berhasil apabila berjaya menghabiskan bacaan 30 juzuk al-Quran beserta sanad walaupun berdepan cabaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari.
Sebak dapat menghabiskan pembacaan
Namun setelah itu, keluar pula arahan pkp yang menyebabkan pembacaan dan talaqqi ini tergantung, Allahuakbar! Pasti semua ada hikmahnya. Oleh itu, farha cuba mencari inisiatif lain dengan cara menuntut ilmu secara dalam talian bersama guru Farha. Setelah 3bulan, alhamdulillah, Akhirnya farha dapat menghabiskan pembacaan 30 juzuk dan mendapat sanad daripada Al-hafiz Sheikh Hisham Abd Rageh, yang merupakan pemegang sanad rasulullah SAW.
MashaAllah sesungguhnya farha ini adalah orang yang jahil tentang ilmu, amatlah sebak perasaan farha kerana farha sendiri tidak menyangka, akhirnya farha dapat menghabiskan pembacaan. Sungguh, ini adalah berkat tunjuk ajar guru dan sokongan padu daripada mak farha sendiri, yang sanggup menghantar dan menemani farha. Doakan farha yee semua, inshaAllah Farha akan terus belajar dan belajar. Kita sebagai hamba yang jahil harus menuntut ilmu, tak kira siapa pun kita. Dan ingat, “Bukan ilmu yang seharusnya mendatangimu, tapi kamu yang seharusnya mendatangi ilmu.”– Imam Malik.
Di samping itu, dia turut bersyukur diatas kejayaan tersebut dan berharap diberi kekuatan untuk lebih gigih mencari ilmu dan tidak putus asa dalam mengejar ilmu berkaitan al-Quran ini.
Sumber: Nor Farhatul Fairuzah Panut