Kisah gangguan histeria terutamanya melibatkan makhluk alam ghaib bukanlah satu perkara yang asing lagi terutamanya bagi kalangan pelajar di sekolah berasrama.
Terbaru, seorang pangguna Twitter iaitu Aryyaff yang juga merupakan salah seorang penuntut di sekolah jenis asrama penuh berkongsi semula kisah seram yang pernah dilalui oleh rakannya.
Kisah seram MRSM Muar
Baling batu dekat tangki
Menceritakan kisah itu, individu ini memberitahu salah seorang rakannya telah membaling batu ke arah tangki berkenaan sehingga membuatkan tingkap kaca disitu pecah. Mereka kemudian beredar dan meninggalkan kawasan tersebut sebelum menuju ke dewan selera.
Pelajar ‘lari’ keluar blok
Ada lembaga ikut masuk bilik
Tambahnya lagi, salah seorang pelajar tersebut dikatakan telah ‘lari’ daripada asrama tetapi rupa-rupanya pelajar itu sedang menyorok di tepi sebatang pokok di kawasan tangki berkenaan kerana di dalam biliknya terdapat satu lembaga.
Warden kemudian terus bertindak memanggil ustaz dan warden-warden yang lain bagi membantu ‘merawat’ pelajar terbabit.
Pelajar diganggu, histeria
Pada keesokan harinya, keadaan di asrama semakin kelam-kabut. Seorang demi seorang pelajar telah dirasuk dan ada yang menjerit seperti terkena histeria.
Dilarang masuk bilik
Bunian mengamuk
Punca histeria yang berlaku akhirnya terbongkar dan mereka mendapati bahawa makhluk tersebut iaitu bunian di tangki itu ‘mengamuk’ kerana anaknya telah hilang. Difahamkan, anak bunian tersebut telah mengikut salah seorang pelajar di asrama tersebut.
Anak bunian hilang
Pelajar diarah balik
Buat perjanjian dengan jin
Sumber: Aryyaff