Pempengaruh asal Indonesia, Yusman Kusuma menyifatkan dirinya sebagai seseorang yang menjaga hubungan silaturrahim walaupun tidak lagi bersama sebagai pasangan kekasih.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Didakwa Curang Bersama Jule, Yuka Mengaku Tukar ‘Contact Number’ Nama Zakie – ‘Saya Mahu Buang Prasangka Buruk Orang ..’

Artikel Berkaitan: Plot Twist! Yuka Hanya Anggap Aya Balqis Kawan, Bukan Kekasih – ‘Setahu Aku, Kita Cuma Teman Sahaja’

Hubungan sudah berakhir

@acstorydump

greget bgt nonton podcast nya wkwk, ganteng bgt kali? ngomong begitu🫣🤣 #yukaya #yuka #ayabalqis #drrichardlee #fyp

♬ EEEE A – dia

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Yusman atau lebih dikenali sebagai Yuka mendakwa hubungan yang terjalin bersama bekas kekasih, Aya Balqis sudah berakhir sebelum dirinya dituduh curang.

Menurut Yuka, bekas kekasihnya masih menganggap hubungan yang berakhir itu sesuatu yang istimewa.

Dengan Aya, kami sempat bercinta selama lima bulan. Cuma sekarang sudah putus.

Sebelum segalanya terjadi, kami sudah putus. Cuma mungkin menurut aku, Aya masih sayang atau masih rasa hubungan kami istimewa.

Keadaan sekarang serabut sebab Aya ada muat naik perbualan kami. Sebenarnya aku chat secara baik saja.

Dalam pada itu, Yuka memaklumkan tiada lagi sebarang perasaan sayang atau cinta buat bekas kekasih sekali gus menganggap Aya sebagai kawan biasa.

Sekarang keadaannya seperti putus kawan.

Untuk aku, walaupun kita putus, aku nak hubungan silaturrahim tetap dijaga.

Kalau dari segi perasaan, sudah tiada pada Aya.

Terdahulu, Aya mendakwa Yuka telah berlaku curang dan mempunyai hubungan sulit dengan pempengaruh Indonesia, Jule.

Begitu pun, Yuka menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan dia hanya berkawan dengan Jule.

Sumber: TikTok @acdumpiess