Konflik hubungan cinta antara pempengaruh media sosial Aya Balqis dan kekasihnya, Yuka masih berlarutan hingga kini.

Artikel Berkaitan: Aya Balqis Menangis & Menggigil Lihat Foto Yuka Berpelukan Dengan Jule? – ‘Kawan Apa Macam Ini’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jule Didakwa Curang Lagi.. Kali Ini Dengan Yusman Kusuma, Teman Lelaki Aliyah Balqis – ‘Awak Rampas Kebahagiaan Saya’

‘Cuma teman’

Terbaharu, Aya berkongsi mesej dipercayai daripada Yuka yang menyatakan mereka selama ini hanya berkawan dan bukannya berpacaran.

Aku pengen tahu, apa yang awak maksud dengan ‘selingkuh’, kerana setahu dan seingat aku, selama ini kita cuma teman sahaja.

Mengakui sedih dengan kenyataan tersebut, Aya mendakwa dirinya selama ini hanya dipergunakan oleh Yuka.

Sedih sangat, jadi selama ini cuma dianggap teman. Terus apa guna ‘yukaya’ (Yuka dan Aya)? Selama ini cuma dimanfaat la ya?

Sementara itu, ruangan komen dihujani dengan pelbagai reaksi termasuk ada yang bersimpati dengan nasib Aya.

Terdahulu, Aya mendakwa Yuka telah berlaku curang dan mempunyai hubungan sulit dengan pempengaruh Indonesia, Jule.

Begitu pun, Yuka menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan dia hanya berkawan dengan Jule.

Sumber: Instagram