Setiap graduan yang telah menamatkan pengajian di universiti pasti mengimpikan kerjaya idaman. Namun, tidak semua orang bernasib baik memiliki pekerjaan dalam tempoh yang singkat. Di Facebook, Ir Abdul Rahman Bahasa berkongsi tips cara memikat majikan bagi meraih pekerjaan.
Tips nak raih perhatian majikan
1. Buat akaun LinkedIn
Kenapa LinkedIn? Ramai golongan professional pada masa kini mempunyai akaun tersebut dan siapa tahu salah seorang daripada network korang nanti merupakan majikan korang pada masa akan datang.
2. Start update progress Projek Tahun Akhir kat LinkedIn dan FB
Buat korang yang dalam fasa tengah menyiapkan projek akhir kan? Daripada korang update “Jemput minum teh ais pelangi”, “Cantek tak lipstik baru iolls”. Baik korang update “Yeah, Today saya berjaya solve bugs dalam coding final project saya”, “Hari ni saya interview CEO Company bla2 as part of my degree project..What I learn from him…bla2”.
3. Buat Vlog pasal diri sendiri
Ni penting,somebody straight hired from youtube is not something new nowdays.Caliph Buskers jadi femes hari ni sebab Edry KRU ternampak dorg kat youtube. Jadi apa salahnya korang perkenalkan diri korang secara vlog dekat FB,LinkedIn,Twitter,Insta?
Kadang-kadang masa temuduga, korang gugup nak bercakap kan? Jadi,bila buat video sendiri. No stress.Free flow. Paling penting, potray skill yang korang ada macam I love baking cookies! Why? because buat cookies bukan senang. Nak kena tahu barang apa nak pakai, suhu oven berapa. Gosh,my first cookies hangus. But nevermind,I will try again..*hashtag gagal sekali bukan gagal selamanya
Nampak? Dekat situ secara neutralnya korang bagitau korang bukan jenis yang senang mengalah! Mesti ada yg cakap “Tapi buat video bukan senang. Editing kena power. Chup! No need edit video power2. Make it neutral,record,then post. Free je nak post pun. Bukan kena bayar. So,do it! 1st time mungkin terkurang sana sini. Tapi practice make perfect kan.
Muat naik posting aktiviti harian
4. Tak terer buat video? Korang boleh muat naik aktiviti harian yang melibatkan perkara-perkara positif secara konsisten!
Banyak aktiviti korang dekat universiti kan. Just post it. Sebagai contoh, hari ni aku hantar assignment depan bilik lecturer. Punya lah bersepah! Aku pun tolong kemas. There you are. Kemas kan? Jangan lupa letak foto sekali. Mana nak tau bakal majikan nampak posting tersebut.
5. Elak post “public” pasal perkara negatif.
Facebook adalah hak mutlak individu.I kut suka lah aku nak tulis apa kan. Tapi, sekarang ni jangan main-main. Sebab posting Fcebooklah orang boleh masuk mahkamah. Jadi, hati-hati.
6. Ada insta? Pernah jual benda? Apa lagi, update instastory kejayaan jualan korang.
Ni lagi satu, ramai saja pelajar yang menjual barang-barang dekat Instagram. Malah, ada yang berjaya dan mempunyai ramai pengikut. Oleh itu, gunakan peluang yang ada untuk berkongsi kejayaan dan memberi inspirasi kepada masyarakat di luar sana.
7. Tag company tu kat Facebook, LinkedIn kalau minat dengan apa yang company tu buat.
Masa buat projek akhir tu, korang kena kaji sesetengah latar belakang syarikat. Sebagai contoh, korang buat kajian mengenai kejayaan syarikat A dan korang tag syarikat tersebut. Secara tak langsung, syarikat yang korang tag itu akan nampak dan baca. Jika nasib korang baik, korang mungkin dijemput ke syarikat tersebut dan menerima tawaran pekerjaan.
Sumber: Ir Abdul Rahman Bahasa