Pelakon kacak, Fizo Omar memuat naik satu posting di Instagram berhubung sindiket penipuan yang sentiasa mencari peluang memperdaya mangsa termasuk dirinya. Menurut Fizo, perkara tersebut bukan kali pertama buat dirinya malah, ada yang sanggup memberi wang sebelum berjumpa.
25 ribu satu malam
Wow dapat job! RM 25 000 satu malam. I’m pretty sure this is scammer, tapi bukan 1st time saya dapat DM macam ni via IG, kadang tu terfikir juga ape point dorang ni ek? Ada tu siap minta nombor akaun nak transfer dulu then baru jumpa depan-depan. Barang recond macam saya ni pun ada harga, kalau yang brand new dan ladies pula tak tahu la brape kan?
Sounds wierd kan guys? Tapi benda ni wujud in real life, bukan dalam drama je. Sometime what happen in drama is actually trying to describe what is happen in real life. Tak pe lah, yg penting #kitajagakita dan tak perlu sibuk nak jaga orang lain kan kalau diri sendiri tak terjaga.
Ujar Fizo, sebaik sahaja menerima Direct Message (dm) dari individu berkenaan, dia membalas semula kiriman tersebut dan menyuruh individu itu memberi wang RM25 ribu kepada insan yang memerlukan.
Tambahnya, apa yang terjadi kepadanya itu bukan suatu perkara yang pelik bahkan, ianya memang berlaku dalam kehidupan seharian. Jelasnya lagi, isu seperti ini turut dipersembahkan semula dalam bentuk drama kerana ia membabitkan masyarakat. Oleh itu, Fizo berharap masyarakat di luar sana berhati-hati dengan taktik scammer ini.
Apasal aku dia offer RM200?
Rata-rata rakan artis turut membanjiri ruangan komen posting berkenaan. Mereka turut meninggalkan komen lucu di mana mereka turut menerima tawaran yang sama seperti Fizo cuma, bayaran yang ditawarkan sangat rendah.
Sumber: Fizo Omar