Seorang lelaki di twitter kongsi pengalaman keluarganya menjaga seorang mangsa rogol. Menurutnya gadis yang baru berusia 17 tahun ketika itu terpaksa berhadapan dengan trauma yang teruk sehingga alami ketakutan yang amat dahsyat. Perkongsian ini turut mendapat lebih 15 ribu retweet yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib gadis tersebut dan berharap perogol akan dikenakan tindakan sewajarnya.
Dibuang keluarga kerana mengandung
Menurut individu ini, gadis tersebut dibuang keluarga akibat mengandung anak luar nikah. Kejadian itu menyebabkan gadis tersebut celaru.
Selalu nangis jerit trauma
Lebih menyedihkan apabila gadis tersebut sering menangis sendiri. Kadang-kala dia akan menjerit apabila melihat lelaki. Menurut individu ini lagi, ibunya tidak pernah menyoalkan bagaimana perkara ini terjadi untuk menjaga privacy gadis terbabit.
Hidup ketakutan
Setiap kali gadis tersebut nampak lelaki, dia akan menjerit sehingga dia rasa nak tikam dengan pisau sampai mati. Bayangkan bagaimana seorang gadis ceria bertukar menjadi trauma gara-gara lelaki durjana.
Jangan salahkan mangsa rogol sepenuhnya
Dan kini, gadis terbabit selamat melahirkan bayi dan bayi tersebut sudah diserahkan kepada keluarga angkat.
Hukuman untuk perogol perlu dikaji
Walau bagaimanapun, menurut individu ini tindakan terhadap perogol haruslah dikaji semula agar nasib mangsa terbela. Namun dia tidak bersetuju jika wanita terbabit mengandung atas kerelaan bersama pasangannya.
Respon netizen
Sumber : Mus