Semenjak musim Perintah Kawalan Pergerakan sehingga sekarang, makin ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang semakin kreatif. Bukan sahaja dari segi memasak, malah ramai juga yang pakar dalam mengubahsuai dekorasi dalam rumah termasuk membuat kolam renang sendiri.
Di Facebook Noriha Cikha, dia berkongsi beberapa buah foto di mana seorang datuk membuat kolam renang untuk cucu-cucunya. Apa yang menariknya, semua dilakukan secara sendiri dan hasilnya memang macam kolam renang di pusat percutian. Memang sweet betul!
Sebelum siap projek
Pkp musim pertama tok abah buat teratak bonda, pkpb tok abah start menyangkul buat kolam renang untuk cucu-cucu pula. Sesuai dengan saranan kerajaan supaya kurangkan axtiviti ditmpt awam maka tok abah pon gigih menyangkul… Akhirnya pkpp tok abah dh boleh berehat. Rumah kampung pon boleh berangan macam dok kondo nak ada kolam renang.
Hasilnya.. memang terbaik!
Cantiknya!
Sumber: Noriha Cikha (Kelab Kaki Deko)