Dr Amalina Che Bakri, tampil memberi jawapan mengenai isu wanita selepas bersalin normal tidak digalakkan untuk mengambil ais. Menurutnya, pengambilan air sejuk atau air suam semasa tempoh berpantang bagi wanita baru bersalin tidak memudaratkan kesihatan vagina si ibu.
Siapa yang ajar urat jadi kembang
Suhu sejuk salur darah kembang
Dr Amalina memberitahu tiada bukti saintifik dalam bidang perubatan yang menunjukkan minuman sejuk boleh menyebabkan rahim menjadi kembang. Ini kerana, apabila air batu diminum ia akan memasuki saluran pencernaan sebelum diserap atau dibuang keluar sebagai najis. Tambahnya, suhu minuman berais pula akan terus berubah mengikut suhu normal badan individu tersebut.
Thanks for sharing this
Tweet yang dimuat naik itu ternyata mencuri tumpuan netizen sehingga meraih 22 ribu retweets. Rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan yang ditulis Dr Amalina.
Sumber: Dr Amalina