Terdahulu, pada 16 Oktober lalu, pelakon Lufya Omar telah memfailkan sebutan permohonan cerai di mahkamah. Namun, suaminya iaitu Dr Che Hafiz gagal hadir ke mahkamah untuk sebutan permohonan cerai. Sehingga membuatkan Lufya keliru dengan pendirian suaminya itu apabila membuat keputusan untuk menolak penceraian tersebut.
Artikel berkaitan: Dituduh Tiada Hati Perut, Tak Peduli Teriakan Anak, Ini Penjelasan Suami Lufya Omar
Terbaru, pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, Petaling Jaya. Dr Che Hafiz menerusi laporan Instagramnya, menganggap perpisahan yang dibuat secara baik itu merupakan jalan penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.
Diam adalah lebih baik
Che Hafiz mengakui setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga ingin mengecapi kebahagiaan hidup bersama keluarga. Malah, tidak ada mana-mana pasangan yang inginkan penceraian setelah mendirikan rumah tangga. Dia bagaimanapun reda dan terima baik keputusan yang dibuat mereka untuk berpisah.
Dia turut menitip doa buat bekas isteri dan anak sekaligus berharap agar diberi peluang untuk meluangkan masa dengan anak. Menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah yang sempurna tanpa halangan buat anaknya.
Saya juga ada hak bersama
Dr Che Hafiz menerusi laporan Metro menjelaskan status perkahwinan kepada umum setelah perkara itu sering menjadi persoalan ramai.
Sebelum ini orang sering bertanya status perkahwinan saya. Jadi, saya berharap perkongsian ini dapat menjelaskan segala persoalan. Antara kami sudah tidak ada apa-apa.
Perceraian ini dibuat secara baik dan ia jalan terbaik buat kami. Cuma selepas ini saya berharap dia dapat memberikan kerjasama baik dari segi penjagaan anak.
Dalam perkara ini saya cuba dengan cara baik. Tanggungjawab bukan setakat nak kena bagi duit, tapi saya nak juga berjumpa. Saya masih bapa kandung pada anak kami. Jadi, saya juga ada hak bersama.
Sumber: Dr Che Hafiz, Metro