berita

Gosip Bercinta Dengan Syamel, Ernie Zakri Buka Mulut, Bakal Kahwin Tahun Depan

July 17th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Teka-teki hubungan cinta yang terjalin antara penyanyi terkenal Ernie Zakri dan Syamel akhirnya terjawab selepas Ernie memaklumkan akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun hadapan.

Ciri calon suami ada pada Syamel

Syamel dan Ernie sebelum ini pernah menafikan spekulasi yang mendakwa mereka kini sedang hangat bercinta malah menyatakan keakraban mereka hanyalah sekadar rakan baik sahaja.

Terbaru, menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, Ernie memaklumkan akan berkahwin pada tahun depan. Dia juga sama sekali tidak menafikan calon suami yang dimaksudkan adalah Syamel. Tambah penyanyi popular ini lagi, dia mengakui bahawa Syamel turut mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya

Setakat ini calonnya adalah seperti yang anda semua sudah dengar. Jadi, doakan semoga semuanya dipermudahkan.

Dia ada ciri-ciri suami idaman saya, cuma kami belum mengenali satu sama lain dengan cukup mendalam. Yang pasti, ciri-ciri utama adalah dia menghormati ibu bapa saya.

Doakan yang baik-baik

Sementara itu, Ernie juga meminta orang ramai supaya mendoakan supaya segala urusan dipermudahkan dan dia dapat mengakhiri zaman bujangnya secepat mungkin.

Doakan semoga saya dapat menamatkan zaman bujang menjelang tahun depan kerana tahaun depan usia saya sudah 29 tahun.

Bercerita lanjut mengenai itu, Ernie memberitahu dia akan lebih fokus untuk menjaga kedua ibu bapanya selain mencari rezeki buat keluarga. Dia mengakui dalam keluarga, hanya tinggal dirinya sahaja yang belum berkahwin dan adik beradik yang lain sudah pun berumahtangga. Oleh itu, kini tiba masanya dia memikirkan soal masa depan dan membina masjid.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×