
Pelakon Sherry Ibrahim menasihati para wanita agar tidak berkongsi kisah peribadi kepada lelaki yang tidak dikenali secara rapat.
Artikel Berkaitan: Sherry Ibrahim Takut Ramai DM Ajak Kahwin – ‘Tunggu Allah Aturkan’
Pesanan Sherry Ibrahim

Menerusi hantaran di Threads, Sherry Ibrahim atau nama lengkapnya Syarizad Ibrahim menyifatkan sedemikian seolah-olah memberi ruang kepada individu berkenaan untuk mengambil kesempatan terhadap seseorang wanita.
Moral of the story, jangan kongsi kisah-kisah sedih atau kelemahan dengan sebarang lelaki yang tak berapa kenal (untuk lelaki yang tak baik tu).
Bila dia tahu perempuan itu lemah, dia akan buat-buat prihatin dan ambil kesempatan atas perkara itu.
Pelakon drama Eksperimen Cinta ini turut berkongsi sikap segelintir lelaki tidak bertanggungjawab ini yang kononnya bersimpati namun selepas mendapat kepercayaan sang wanita, mereka mula bertindak di luar batasan.
Mula-mula dia buat-buat kasihan, lepas itu ambil kesempatan dalam kesulitan. Kalau perempuan tak nak, tolong jangan paksa!
Lepas itu, dah buat benda tak baik ada keberanian untuk abaikan dan melayan orang tersebut seperti ‘sampah’.
Rasa marah dengan perbuatan macam ni. ‘Action speaks louder than words!
Sumber: Threads Sherry Ibrahim








