Umum mengetahui pelakon, Zarina Anjoulie telah mendirikan rumah tangga bersama kekasih hatinya pada 17 Julai lalu. Sebelum ini, Zarina beberapa kali memberikan ‘hint’ bakal mengakhiri zaman bujang dalam masa terdekat.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Tup..Tup Dah Kahwin, Zarina Anjoulie Sah Jadi Isteri Orang!
Terbaru, Zarina atau lebih mesra di sapa Anju memuat naik gambar bersama keluarga suaminya, Eilyas Azhar dengan meluahkan rasa sayang terhadap kedua ibu bapa mentuanya.
Saya sayang parents mentua saya
Beberapa hari sebelum hari pernikahan, Anju dipercayai kerap memuat naik status seakan sedang melakukan persiapan perkahwinan. Namun, dalam masa yang singkat pelakon berusia 32 tahun itu akhirnya mengumumkan dia telah selamat mendirikan rumah tangga.
Majlis pernikahan yang dipercayai berlangsung di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan itu dihadiri keluarga dan kenalan rapat. Di posting tersebut, Anju memberi ucapan terima kasih kepada kedua-dua belah keluarga dan meluahkan perasaan sayang terhadap keluarga mentua.
Tak menilai orang
Di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pujian terhadap keluarga mentua Anju. Menurut mereka, keluarga mentua Anju tidak menilai orang. Mereka turut berharap pelakon tersebut akan mendapat kehidupan yang lebih baik bersama keluarga barunya itu.
Sumber: Zarina Anjoulie