
Gara-gara berang isteri pulang ke rumah ibu bapa tanpa izin, seorang suami sanggup mencederakannya sehingga meninggal dunia dalam kejadian di Sumatera Utara, Indonesia.
Artikel Berkaitan: Nak Buru Haiwan Tapi Tertembak Rakan Sendiri, Sekumpulan Lelaki Bawa Lari Mayat 300KM & Tinggal Tepi Jalan
Artikel Berkaitan: Suami Tinggalkan Surat Pengakuan Sebelum Bun*h Isteri & Gant*ng Diri, Pesan Anak Supaya Segera Kebumikan Jenazah
Bunuh

Memetik laporan CNN Indonesia, polis mengesahkan insiden tragis itu berlaku selepas lelaki dengan nama MA menjemput isteri dan anaknya pulang ke rumah dan pasangan tersebut kemudian bertengkar.
Suspek marah kerana korban pulang ke rumah ibu bapanya tanpa izin.
Kemudian dia memukul perut mangsa berkali-kali dan menendang dadanya sebanyak empat kali.
Dalam kejadian itu, polis berkata suspek bertindak mengheret mangsa yang berusia 20 tahun itu ke bilik mandi dan melakukan perbuatan kejam dengan menenggelamkan kepala isterinya dalam kolah air.
Walaupun mangsa cuba untuk menyelamatkan diri dengan keluar daripada bilik air itu namun ia dihalang oleh suspek yang kemudiannya menendang tulang rusuk kanan badannya.
Suspek cuba memberikan bantuan pernafasan selepas panik melihat mangsa tercungap-cungap.
Dia juga membawa isterinya ke hospital namun mangsa disahkan telah meninggal dunia.
Kata Polis, MA pada awalnya cuba mereka cerita dengan mengatakan isterinya meninggal dunia kerana jatuh dari motosikal.
Pada mulanya suspek menafikan. Namun, petugas melihat terdapat tanda-tanda luka lecet dan lebam yang tidak wajar pada tubuh mangsa.
Jenazah kemudian dibawa untuk bedah siasat.
Akhirnya, MA tidak dapat menafikan dan mengaku semua perbuatannya.
Menurut polis, suspek juga cuba menutup perbuatan hinanya dengan mendakwa isterinya meninggal kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Sumber: CNN Indonesia






![[VIDEO] Syed Saddiq Teruja Nak Kahwin, Akui Bahagia Temui Bella Astillah – ‘Kenapa Malu? Saya Bersyukur’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/syed-saddiq-8.jpg)

