Kumpulan Suria KLCC cetus kemeriahan dan kegembiraan apabila berjaya memberi ganjaran hebat kepada para pelanggannya menerusi kempen ‘The Golden Ticket’ yang berlangsung di ketiga-tiga pusat membeli-belahnya – Suria KLCC, Pusat Membeli-Belah Alamanda di Putrajaya dan Mesra Mall di Kuala Terengganu, dari 19 Jun hingga 19 Julai 2020.
Oleh kerana mendapat sambutan hebat dan menggalakkan daripada para pelanggan dan pengunjung, kempen tersebut telah dilanjutkan sehingga 2 Ogos 2020 (Suria KLCC), 9 Ogos 2020 (Alamanda) dan 30 Julai 2020 (Mesra Mall).
Para pelanggan berpeluang meraih hadiah utama iaitu baucar beli-belah bernilai RM5,000 (Suria KLCC), baucar beli-belah bernilai RM1,000 (Alamanda) dan baucar beli-belah bernilai RM1,500 (Mesra Mall) apabila mereka berbelanja dengan jumlah minima di setiap pusat membeli belah tersebut.
Kempen ‘The Golden Ticket’ ini telah berjaya menarik perhatian orang ramai kerana ganjaran serta pengalaman membeli belah terbaik kepada para pelanggan.
Setakat 22 Julai 2020, terdapat 44 pemenang yang membawa pulang baucar beli-belah bernilai RM5,000 di Suria KLCC dan 33 pemenang telah memenangi baucar beli-belah bernilai RM1,500 dan RM1,000 di Mesra Mall dan Alamanda.