![[VIDEO] ‘Ariq Matin Paling Rajin, Semua Dia Nak Buat’ – Momen Anak Shuib Bersihkan Kubur Arwah Siti Sarah Raih Perhatian](https://asset.ohbulan.com/2026/02/matin-1.jpg)
Hantaran ibu tiri kepada Allahyarham penyanyi Siti Sarah, iaitu Siti Fatimah Suberi, baru-baru ini mencuri perhatian warganet selepas berkongsi momen Ariq Matin, anak Allahyarham, berpeluang membersihkan pusara ibunya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Bakat Thalita Anugerah Dari Allah, Bukan Untuk Tiru Arwah Siti Sarah Atau Kejar Nama’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Puji Watie Hanifiah Ibu Tiri Penyayang, Sifatkan ‘Kiriman Tuhan’ Pengganti Arwah Siti Sarah
Semuanya Matin nak buat
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Siti Fatimah atau lebih mesra disapa Makder, berkata mereka tidak dapat membersihkan pusara Allahyarham sepenuhnya susulan hujan yang turun secara tiba-tiba.
Namun, dia dan sekeluarga berhasrat untuk datang semula bagi menyempurnakan kerja pembersihan tersebut.
Berkesempatan untuk membersihkan kubur Siti Sarah.
Walaupun tidak dapat membersihkan sepenuhnya kerana hujan.
Tidak mengapa, nanti datang lagi di kemudian hari untuk sambung cuci.
Ujarnya lagi, dia turut merancang untuk membersihkan pusara nenek Matin pula pada kunjungan akan datang.
Dalam hantaran yang sama, Ariq Matin menjadi perhatian apabila dilihat bersungguh-sungguh membantu melaksanakan kerja-kerja pembersihan.
Nanti boleh bersihkan kubur nenek pula selepas ini.
Ariq Matin paling rajin, semua dia nak buat.
Sumber: TikTok Suciuwais





![[VIDEO] Roslan Shah Sebak Pertemukan Sajat & Ibu – ‘Dia Memeluk Anak Yang Sudah Lama Tidak Bertemu’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/IMG_0375.jpeg)


